fbpx

Kereta bekas ADUN rempuh rumah jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta milik bekas ADUN Balik Pulau yang hilang kawalan dan merempuh bahagian bawah rumah jirannya di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar di sini petang tadi.

BALIK PULAU – Sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar di sini telah dikejutkan dengan kejadian rempuhan kuat membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bahagian bawah kediaman mereka hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu berlaku semasa penghuni kediaman berkenaan berada di dalam rumah jenis separa kayu dua tingkat.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan milik bekas ADUN berusia 60-an itu diparkir sementara di hadapan rumah jiran berkenaan dalam keadaan enjin dihidupkan.

Jarak antara rumah ADUN dan jiran terletak hanya kira-kira 10 meter.

Keadaan rumah mangsa selepas dilanggar kenderaan milik bekas ADUN.

“Ketika kejadian, mantan ADUN itu dikatakan mahu menukar gear neutral ke parking semasa mahu menurunkan salah seorang anaknya sebaik pulang dari Balik Pulau.

“Semasa mahu menukar gear, dia tertekan pedal minyak lalu menyebabkan kereta berkenaan hilang kawalan lalu merempuh bahagian bawah kediaman rumah jirannya itu,”katanya kepada Kosmo! hari ini.

Mengulas lanjut, saksi itu berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu mahupun penghuni kediaman terbabit.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI