fbpx

Empat jemaah dibenar solat di masjid mukim, surau di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengeluarkan arahan hanya empat orang kakitangan dibenarkan hadir untuk menunaikan solat fardu dan solat Jumaat di masjid mukim kategori A serta surau di seluruh Kelantan bermula esok.

Sebelum ini, Maik membenarkan seramai 50 jemaah hadir menunaikan solat fardu dan solat Jumaat di 37 masjid mukim kategori A seluruh negeri bermula 12 Mei lalu.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Kadir berkata, para jemaah perlu berada dalam saf dengan penjarakan dua meter dan mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Katanya, bagaimanapun, pelaksanaan solat fardu dan solat Jumaat di Masjid Negeri, Bandar dan Jajahan seluruh negeri masih kekal dengan jumlah seramai 50 orang jemaah.

“Ketetapan ini berkuatkuasa bermula 19 Mei sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Aktiviti-aktiviti lain juga tidak dibenarkan.

“Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah mengampuni perkenan pelaksanaan perintah itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Senarai masjid mukim kategori gred A di Kelantan :

1. Masjid Mukim Lundang, Kubang Kerian
2. Masjid Mukim Paya Rambai, Kubang Kerian
3. Masjid Mukim Al-Muttaqin, Kubang Kerian, Kota Bharu
4. Masjid Mukim Ketereh, Ketereh, Kota Bharu
5. Masjid Mukim Kok Lanas, Ketereh, Kota Bharu
6. Masjid Mukim Kadok, Ketereh, Kota Bharu
7. Masjid Mukim Taman Tanjong Chat, Panji, Kota Bharu
8. Masjid Mukim Paya Bemban, Panji, Kota Bharu
9. Masjid Mukim Uda Murni, Panji, Kota Bharu
10. Masjid Mukim Kedai Mulong, Pendek, Kota Bharu
11. Masjid Mukim Kamel Hasan, Pendek, Kota Bharu
12. Masjid Mukim Kedai Melor, Peringat
13. Masjid Mukim Kota, Kota, Kota Bharu
14. Masjid Mukim Parit Lama, Limbat, Kota Bharu
15. Masjid Mukim Jelawat, Jelawat, Bachok
16. Masjid Mukim Repek, Melawi, Bachok
17. Masjid Mukim Wakaf Bharu, Tumpat
18. Masjid Mukim Ketil, Pengkalan Kubur, Tumpat
19. Masjid Mukim Pahi, Mengkebang, Kuala Krai
20. Masjid Mukim Sungai Peria, Olak Jeram, Kuala Krai
21. Masjid Mukim Keroh, Mengkebang, Kuala Krai
22. Masjid Mukim Kasar, Kubang Gadong, Pasir Mas
23. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Pasir Mas
24. Masjid Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh
25. Masjid Mukim Selising, Bukit Jawa, Pasir Puteh
26. Masjid Mukim Batang Merbau, Ulu Kusial, Tanah Merah
27. Masjid Mukim Bukit Bunga, Jedok, Tanah Merah
28. Masjid Mukim Jedok, Jedok, Tanah Merah
29. Masjid Mukim Tepi Sungai, Tanah Merah
30. Masjid Mukim Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang
31. Masjid Mukim Ulu Sat, Ulu Sat, Machang
32. Masjid Mukim Ayer Lanas, Jeli
33. Masjid Mukim Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli
34. Masjid Mukim Razaleigh, Galas, Gua Musang
35. Masjid Mukim Chiku 2, Chiku, Gua Musang
36. Masjid Mukim Keputeraan Paloh, Chiku, Gua Musang
37. Masjid Mukim Keputeraan Lojing, Sigar, Lojing

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI