JAKARTA – Penduduk daerah Bogor di Jawa Barat, Indonesia mempunyai cara tersendiri menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dengan membentangkan bendera gergasi Rejim Zionis di sebatang jalan utama di kawasan itu, lapor Suara.com, hari ini.
Menerusi kemas kini pemilik akaun Instagram @bogorupdate24, penduduk Kampung Parung diĀ Bogor sengaja meletakkan dua bendera Israel di atas Jalan Raya Parung – Bogor.
Dua helai bendera Israel berukuran hampir menutup jalan raya itu dijadikan lapik alas kakiĀ semua penduduk yang melalui jalan di situ.
Tindakan itu mendapat pujian daripada netizen. Mereka memuji keberanian penduduk kampung menunjukkan sokongan kepada saudara Islam di Palestin.
āHebat, inilah sokongan yang boleh kita berikan untuk mengutuk Rejim Zionis,ā tulis seorang pengguna media sosial.
āSaya yakin, tindakan serupa akan diikuti beberapa wilayah lain tidak lama lagi. #SavePalestine,ā komen seorang lagi. – Agensi
















