fbpx

Zidane tinggalkan The Galacticos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIDANE memaklumkan kepada anak-anak buahnya bahawa beliau bakal meninggalkan Real sebaik sahaja kontraknya tamat pada penghujung musim ini. – AFP

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane mendedahkan kepada pemainnya bahawa beliau akan meninggalkan saigan La Liga sebaik sahaja kontraknya tamat pada penghujung musim ini.

Zidane dikatakan memukta­madkan keputusannya itu sebelum pasukannya mencatat keputusan seri 2-2 ketika berdepan Sevilla di laman sendiri sekali gus melepaskan peluang untuk berada di puncak liga.

Zidane menerima kritikan hebat apabila skuad The Galacticos itu tersingkir daripada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara apabila mudah ditewaskan Chelsea dengan keputusan agregat 3-1.

Ketika diminta mengulas nasibnya bersama Real Madrid musim depan, Zidane tidak meletakkan sebarang jaminan bahawa beliau akan kekal me­ngendali skuad tersebut sekali lagi.

“Saya tidak tahu apa yang akan terjadi. Pasukan akan meneruskan perlawanan mereka dan juga minggu depan. Saya tidak tahu apa yang terjadi selepas itu kerana ini adalah Real Madrid,” kata Zidane.

Sebagai rekod, Zidane telah memenangi 11 kejuaraan bersama Real Madrid dan ketiadaan pengendali Perancis tersebut pasti memberi tamparan kepada Real untuk mencari pengganti terbaik.

Setakat ini antara calon yang dikatakan dalam radar Real adalah Massimiliano Allegri dan Joachim Low. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI