fbpx

Curiga berlaku aktiviti menyalahi undang-undang dalam 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini untuk dibicarakan atas 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan serta penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bahawa beliau curiga syarikat itu menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang berkaitan pengeluaran bon luar negara bernilai AS$3 bilion.

Mohd. Hazem Abd. Rahman, 47, berkata terbitan bon itu merupakan rancangan ahli perniagaan dalam buruan,  Low Taek Jho atau Jho Low selepas mendapat arahan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pernyataan saksinya, beliau memberitahu dalam pertemuan julung kali bersama Jho Low, lelaki itu diperkenalkan sebagai Penasihat 1MDB berkaitan pelaburan dan kutipan dana selain bertindak selaku penasihat tidak rasmi kepada bekas Perdana Menteri.

Menurutnya, walaupun mengesyaki tindak tanduk Jho Low, beliau tidak mendedahkan perkara itu terus kepada bekas Perdana Menteri dan hanya memberitahu secara lisan kepada beberapa pegawai khas dengan harapan perkara itu sampai ke pengetahuan Najib.

Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata, beliau juga tidak memaklumkannya secara rasmi kepada Lembaga Pengarah 1MDB berhubung agenda durjana Jho Low kerana syarikat itu diuruskan oleh Najib selaku individu yang paling berkuasa di negara ini.

Ketika ditanya oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib, Mohd. Hazem menafikan bahawa dia tidak melaporkan kepada bekas Perdana Menteri kerana bersekongkol dengan Jho Low terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Menurut Wan Aizuddin, saksi itu sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada Najib sendiri selaku peringkat tertinggi kerana dakwaan Jho Low bahawa bekas Perdana Menteri yang mengeluarkan arahan berkaitan penerbitan bon merupakan agenda jahat ahli perniagaan itu melemparkan tuduhan serius kepada beliau.

“Satu-satunya sebab mengapa kamu tidak melaporkan perkara itu kepada Najib adalah kerana kamu bersubahat dengan Jho Low,” ujar Wan Aizuddin yang kemudiannya dinafikan oleh Mohd. Hazem.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi Rabu ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI