fbpx

Ibu kota suram, hambar di Aidilfitri ekoran PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Tun Razak lengang dari awal pagi ekoran pelaksanaan PKP oleh kerajaan. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hari kedua Aidilfitri di ibu kota bagaikan tidak terasa apabila ia kelihatan lengang tanpa kunjungan orang ramai gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Kuala Lumpur mendapati, lokasi tumpuan yang selama ini meriah dengan kunjungan orang ramai bagi meraikan Syawal seperti pusat beli-belah hambar tanpa kehadiran pengunjung.

Hiasan bertemakan Aidilfitri seperti dekorasi rumah tradisional di pusat beli-belah juga hanya mampu dimanfaatkan oleh pengguna yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, dengan mereka dirakam mengambil gambar kenangan dengan binaan tersebut.

Seorang penduduk Wangsa Maju, Nik Nissa Derahman, 36, berkata, dia yang tidak dapat pulang ke Machang, Kelantan, terpaksa beraya seorang diri di ibu kota dan cara baginya untuk menghilangkan kebosanan adalah mengunjungi pusat beli-belah.

“Selain membeli barang keperluan, sekurang-kurangnya saya dapat melihat hiasan bertemakan Aifilfitri di pusat beli-belah.

“Walaupun tidak menghilangkan kesedihan dirasakan akibat tak dapat pulang ke kampung, sekurang-kurangnya saya dapat lihat hiasan Aifilfitri di sini,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Kerajaan melaksanakan PKP bermula 12 Mei lalu sehingga 7 Jun hadapan bagi mengekang penularan Covid-19, yang mana kes positif jangkitannya hampir mencecah 5,000 kes.

Kehambaran Aidilfitri juga dapat dirasakan apabila jalan-jalan raya utama di sekitar ibu kota seperti Jalan Tun Razak seakan-akan lengang tanpa kehadiran kenderaan.

Saban tahun, jalan tersebut sentiasa sesak dengan kenderaan dinaiki orang ramai dari pelbagai lokasi untuk melakukan ziarah Aidilfitri namun kali ini ia tidak berlaku.

Larangan ziarah Aidilfitri yang dikuatkuasakan selari dengan pelaksanaan PKP membuatkan ia lengang tanpa kenderaan.

Bilangan kereta atau motosikal yang menggunakan jalan berkenaan pula bagai boleh ‘dibilang dengan jari’ sahaja sejak awal pagi hingga tengah hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI