fbpx

Berkumpul malam raya, 11 individu dikompaun RM60,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
10 pelanggan masing-masing dikompaun RM4,000 di sebuah rumah tumpangan di Kepal Batas awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM60,000 kepada 11 individu yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah rumah tumpangan di Kepala Batas di sini awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, semasa pemeriksaan kira-kira pukul 2 pagi itu, pihaknya mengeluarkan kompaun sebanyak RM20,000 kepada pemilik premis tersebut.

“Ini kerana pemilik berusia 40 tahun itu didapati gagal mengawal kemasukan pelanggan di dalam premis sehingga menyebabkan kesesakan.

“Selain itu, kompaun sebanyak RM4,000 masing-masing dikenakan kepada 10 pelanggan lelaki berusia 20 hingga 40 tahun kerana tidak mengimbas kod QR MySejahtera dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, secara keseluruhannya, pihaknya mengeluarkan sebanyak 18 kompaun semalam selepas orang ramai didapati gagal mematuhi SOP PKP 3.0.

“Dua lelaki berusia 61 dan 66 tahun ditahan di sekatan jalan raya Sungai Nyior, Butterworth kerana cuba merentas negeri dari Sungai Petani, Kedah tanpa surat kebenaran.

“Selain itu, lima lelaki berusia 23 hingga 35 tahun yang berkumpul di tempat awam di Bagan Ajam, Butterworth tanpa mengamalkan penjarakan fizikal turut dikompaun,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI