fbpx

292 individu langgar SOP PKP ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 292 individu ditahan akibat kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 278 individu dikompaun manakala 14 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis iaitu sebanyak 75 kes, tiada penjarakan fizikal (62), tidak memakai pelitup muka (45) dan lain-lain (110),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, katanya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 56,925 pemeriksaan
semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Seramai 3,077 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,179 anggota telah membuat pemantauan di 4,045 pasar raya, restoran (3,974), kilang (2,025), bank (3,944), pejabat kerajaan (801) dan penjaja (1,675).

“Turut dipantau ialah pasar awam atau tani (1,531), tempat ibadah (3,489), tempat riadah (1,624), terminal pengangkutan darat (1,349), terminal pengangkutan air (335) dan terminal pengangkutan udara (103),” katanya.

Ismail Sabri berkata, Op Benteng semalam pula membuahkan hasil apabila tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap.

Ujarnya, sebanyak 83 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan.

Katanya, 481 sekatan jalan raya (SJR) turut dijalankan menerusi Op Benteng semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI