fbpx

Peluang Barcelona pintas Atletico semakin kelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI gagal membantu kemenangan Barcelona meskipun berjaya menjaringkan satu gol sewaktu seri 3-3 dengan Levante awal pagi semalam.

BARCELONA – Barcelona mensia-siakan peluang terbaik untuk merampas kedudukan sebagai pendahulu La Liga selepas membenarkan Levante bangkit mencatat keputusan seri 3-3 di Estadio Ciudad de Valencia awal pagi semalam.

Bintang Barcelona, Sergio Busquets mengakui kecewa dengan keputusan itu kerana mereka terlebih dahulu selesa mendahului Levante dengan dua gol menerusi Lionel Messi dan Pedri dalam babak pertama.

Bagaimanapun, segalanya berubah pada separuh masa kedua apabila Levante bangkit menyamakan kedudukan dengan dua gol pantas dalam tempoh tiga minit menerusi Gonzalo Molero dan Jose Morales pada minit ke-57 serta 60.

The Catalans kembali di hadapan melalui Ousmane Dembela pada minit ke-64, namun masih gagal membawa pulang tiga mata apabila Sergio Leon berjaya menjadikan kedudukan 3-3 buat Levante tiga minit sebelum permainan tamat.

“Kami mahu memberi tekanan kepada pasukan-pasukan lain tetapi gagal melakukan tugas dengan baik. Kami berada dalam situasi sukar disebabkan banyak kesilapan mudah dilakukan.

“Hantaran kami tidak tepat dan peluang gagal disempurnakan dengan baik. Malah, pihak lawan mudah sahaja untuk menjaringkan gol ke atas kami.

“Saya anggap peluang kami memenangi liga seakan-akan sudah berakhir. Kami perlu memikul tangggungjawab, ia bukan disebabkan perlawanan ini sahaja tetapi dalam kebanyakan aksi musim ini,” kata Busquets.

Barcelona ketinggalan empat mata selepas Atletico berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Real Sociedad di Stadium Wanda Metropolitano awal pagi tadi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI