fbpx

Sporting Lisbon tamatkan penantian 19 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain meraikan kejayaan Sporting Lisbon menjulang kejuaraan liga buat kali pertama sejak 19 tahun di Stadium Jose Alvalade awal pagi semalam. - AFP

LISBON – Gergasi Portugal, Sporting Lisbon mengesahkan kejuaraan Liga Primeira musim ini menjadi milik mereka selepas menewaskan Boavista 1-0 di Estadio Jose Alvalade awal pagi semalam.

Gol tunggal daripada Paulinho pada minit ke-36 membolehkan Sporting mempunyai kelebihan lapan mata terhadap pencabar terdekat di tangga kedua, Porto dengan saingan musim ini cuma berbaki dua perlawanan lagi.

Ia menyaksikan Sporting akhirnya berjaya menamatkan kemarau 19 tahun untuk bergelar juara liga sekali gus menamatkan dominasi Porto dan Benfica yang kini menduduki tempat ketiga.

Sebagai rekod, Porto mencipta penguasaan tersendiri dengan menjulang 11 gelaran liga manakala Benfica pula dengan tujuh kejuaraan. Kali terakhir Sporting menjuarainya pada 2002.

Kejayaan bersejarah itu turut mendapat ucapan tahniah daripada bintang Juventus yang juga pemenang lima Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo.

“Tahniah, juara,” tulis Ronaldo selepas memuat naik gambar satu pasukan Sporting dalam laman Instagram miliknya.

Sebagai rekod, Sporting adalah pasukan pertama dalam karier profesional Ronaldo pada 2002 selepas menghabiskan masa remajanya sejak 1997 bersama akademi kelab tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI