fbpx

Sikap pentingkan diri punca lewat dapat vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MASALAH pandemik tidak akan berakhir terutamanya kerana sikap sombong dan pentingkan diri sendiri negara-negara kaya.

Amerika Syarikat (AS) terutamanya memiliki jumlah vaksin mencukupi untuk memberikan tiga dos kepada lebih 350 juta rakyatnya.

Ketika negara-negara membangun kecanduan vaksin kerana tidak dapat membeli walaupun mempunyai wang sedangkan rakyat dan ekonomi masing-masing terjejas, AS dan sekutunya mendabik dada dengan kejayaan kempen imunisasi, malah akan memulakan program vaksinasi untuk remaja serta kanak-kanak tidak lama lagi.

Syarikat gergasi farmaseutikal AS juga menjana pendapatan besar dan keuntungan lumayan dengan berniaga vaksin yang tidak lama lagi akan bertukar daripada keperluan menjadi komoditi dagangan.

Barat juga mempertahankan pendirian bahawa teknologi menghasilkan vaksin tidak boleh dikongsi, kalau pun dikongsi, ia tidak akan membawa kepada penghasilan vaksin yang lebih banyak dan lebih cepat. Itu kata mereka.

Kononnya juga, untuk menunjukkan AS prihatin dengan masalah pandemik dunia, Washington bersedia memberikan atau sebenarnya ‘menjual’ vaksin AstraZeneca yang mereka sendiri menyimpan stok kira-kira 60 juta dos.

Vaksin itu diketahui mempunyai masalah walaupun tidak dibuktikan dan tidak pernah mendapat kelulusan AS untuk program vaksinasi negara tersebut.

Dalam perang melawan pandemik, masa adalah merupakan segala-galanya. Sebarang kelewatan bermakna memberi ruang untuk virus bermutasi, manakala perintah berkurung pula bukan penyelesaian berkekalan dalam menghadapi wabak tersebut.

Masanya sudah tiba untuk negara-negara membangun mengembleng usaha dan kewangan bagi mencari vaksin, ubat atau kaedah rawatan Covid-19 lain dengan segala kejayaan hanya dikongsi oleh negara-negara penyumbang sebagai keutamaan.

Pandemik menyerlah sikap selfish dan sombong AS yang dasarnya tidak akan sesekali dan tidak mahu berkongsi vaksin biarpun ramai menjadi mangsa Covid-19.

Masa sudah tiba untuk negara-negara membangun menjadi selfish dan tidak berkongsi harta intelek sewenang-wenangnya, malah kerajaan juga perlu menyokong kajian tempatan walaupun diperlekeh Barat dengan pelbagai alasan kononnya tidak memenuhi ujian klinikal dan alasan-alasan lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI