fbpx

Semua orang dewasa di Nauru sudah divaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Negara pulau terpencil itu merupakan antara segelintir kawasan di dunia yang masih bebas daripada jangkitan koronavirus. - Remi Chauvin/The Guardian

KOROR, PALAU – Negara kecil di Lautan Pasifik, Nauru meraikan kejayaan kerana melaksanakan kempen vaksinasi yang memecahkan rekod dunia dengan semua populasi dewasa negara itu sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Negara pulau terpencil itu merupakan antara segelintir kawasan di dunia yang masih bebas daripada jangkitan koronavirus.

Kerajaan Nauru berkata, kempen vaksinasi empat minggu tersebut berhasil di luar jangkaan.

Menurutnya, seramai 7,392 orang telah menerima dos pertama atau 108 peratus daripada anggaran populasi dewasanya termasuk warga asing.

“Jawatankuasa Bertindak Koronavirus Negara amat gembira dengan pencapaian rekod dunia ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Nauru kerana memainkan peranan masing-masing dalam menjadikan Nauru bebas daripada Covid-19 dan selamat,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Pengerusi jawatankuasa bertindak tersebut, Kieren Keke berkata, Nauru bernasib baik kerana mempunyai dos vaksin mencukupi untuk memvaksinasi seluruh penduduk dewasanya.

‘Namun, tiada ruang untuk berasa selesa dan kami akan meneruskan ujian saringan bagi memastikan pulau ini bebas virus.

“Risiko pelawat membawa masuk koronavirus ke Nauru tetap ada manakala perkembangan di Papua New Guinea, Fiji dan India baru-baru ini menunjukkan betapa cepat situasi boleh berubah,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI