fbpx

Panggilan percuma sempena hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

PUTRAJAYA – Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan sedia menawarkan kemudahan panggilan percuma kepada pelanggan di semua rangkaian dalam negara sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang perlu disambut dalam suasana norma baharu tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia , Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kemudahan panggilan percuma itu mulai pukul 10 malam hari ini sehingga pukul 10 pagi pada keesokannya iaitu hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

“Langkah ini diambil kerana prihatin dengan keadaan rakyat Malaysia yang terpaksa berhari raya dalam suasana norma baharu tahun ini dan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kemudahan yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu dapat dinikmati semua pelanggan perkhidmatan syarikat telekomunikasi terdiri syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan YTL.

” Setiap penyedia perkhidmatan akan memberikan tawaran panggilan percuma ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing.

“Para pelanggan dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi sebarang pertanyaan tentang tawaran perkhidmatan ini,” katanya.

Saifuddin berharap kemudahan itu sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Malaysia untuk terus saling berhubung dan mengeratkan silaturahim dengan keluarga tersayang serta rakan taulan walaupun aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjungi tidak dibenarkan di bawah PKP yang berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 7 Jun depan.

“Terima kasih kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama dalam pematuhan PKP kali ini demi mengekang jangkitan Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI