fbpx

Hariss tinggalkan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARISS menamatkan kontrak bersama JDT untuk kembali ke Singapura atas urusan keluarga selain pandemik Covid-19 yang menyukarkannya berulang-alik secara kerap. – JOHOR SOUTHERN TIGERS

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

BINTANG Harimau Selatan, Hariss Harun yang juga kap­ten Johor Darul Ta’zim (JDT) disahkan meninggalkan pasukan juara Liga Super tujuh kali tersebut selepas bersama menjalani transformasi kelab selatan tanah air sejak tahun 2014.

Perkara itu dimaklumkan oleh JDT menerusi satu ke­nyataan yang dimuat naik pada laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers semalam.

Menurut kenyataan tersebut, Hariss menyertai JDT selepas menjulang gelaran Liga Super bersama LionsXII sebelum memenangi tujuh lagi kejuaraan liga berturut-turut, Piala AFC 2015 dan sembilan trofi domestik lain.

“JDT dan Hariss telah bersetuju menamatkan kontrak bagi menghormati keputusan pemain itu untuk kembali ke Singapura atas urusan keluarga disebabkan pandemik Covid-19 yang menyukarkan beliau berulang-alik secara kerap.

“Hariss melakukan 197 penampilan, bermain selama 15,367 minit, menjaringkan 12 gol, lima bantuan jaringan dan sering kali mempertahankan benteng pertahanan dari bahagian tengah buat JDT.

“Hariss selayaknya menggelarkan diri beliau sebagai legenda JDT,” menurut kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, skuad Harimau Selatan bagaimanapun sentiasa bersedia untuk menerima kembali kedatangan pemain Singapura itu pada masa depan.

“Pintu JDT sentiasa terbuka untuk apa jua khidmat pada masa akan datang. Selamat maju jaya, Hariss!,” katanya.

Pemain tengah berusia 31 tahun itu merupakan antara tonggak penting yang membantu skuad negaranya, Singapura untuk merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI