fbpx

Pelajar IPT ditikam dan dicampak dari tingkat 26

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhrudin menunjukkan senjata tajam yang digunakan suspek untuk menikam mangsa ketika sidang akhbar, hari ini.

PETALING JAYA – Seorang pelajar sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) maut ditikam berkali-kali sebelum mayatnya dicampak melalui balkoni di sebuah kondominium di Damansara Perdana, pada Khamis lalu.

Mangsa warga tempatan yang berusia 24 tahun itu disyaki ditolak dari tingkat 26 dan mayatnya dijumpai dalam keadaan terbaring di tingkat dua bangunan bersebelahan yang dalam proses pembinaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima panggilan berkenaan kejadian itu daripada seorang lelaki warga tempatan sekitar pukul 1.17 tengah hari, pada hari yang sama.

“Hasil siasatan mendapati mayat mangsa dijumpai di tingkat dua kawasan pembinaan yang belum siap bersebelahan dengan bangunan kediaman tersebut dalam keadaan cedera di badan disyaki dibunuh.

“Bertindak atas maklumat dan hasil risikan, sepasukan polis dari Unit Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah memberkas seorang lelaki warga tempatan berumur 24 tahun di kawasan tempat letak kenderaan, Bandar Sunway, Subang Jaya sekitar pukul 4.25 petang,” ujarnya ketika sidang akhbar di IPD di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek mendapati dia mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan mendapat kira-kira 100 jahitan dipercayai akibat bergelut dengan mangsa.

“Polis turut merampas beberapa barangan daripada suspek, antaranya telefon bimbit, serangkai kunci rumah dan kereta, sijil cuti sakit dan kad temu janji dari pusat perubatan swasta atas namanya.

“Hasil siasatan lanjut telah membawa kepada penemuan pakaian milik suspek yang berlumuran darah di kediamannya, di Taman Sri Kuching, Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tambah beliau, hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada badan mangsa sehingga menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

“Motif pembunuhan dipercayai akibat tidak berpuashati berkenaan hasil jualan dadah dan juga masalah hutang antara suspek dan mangsa.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI