fbpx

Bekas pemain TFC bakal kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE TUCK (kanan) gagal mempamerkan keserasian bersama Sri Pahang menyebabkan dia dikaitkan kembali ke TFC.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain membayangkan dua bekas tonggak, Sanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck akan memperkuatkan kembali skuad Sang Penyu pada jendela perpindahan kedua ini.

Beliau mengakui kedua-dua pemain tengah berpengaruh itu merupakan calon terbaik bagi mengisi kuota import TFC untuk menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala AFC.

“Secara peribadi, saya lebih senang untuk dapatkan pemain yang faham dengan corak permainan TFC dan itu sebabnya mereka (Shaakhmedov dan Tuck) adalah calon terbaik.

“Hubungan saya dengan mereka masih baik dan saling berhubung malah Shaakhmedov juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa TFC,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Khabar angin kepulangan Shaakhmedov yang kini beraksi untuk pasukan Liga Uzbekistan, AGMK mula bertebaran di media sosial selepas pemain lincah itu dikhabarkan semakin hampir untuk menyarung semula jersi TFC musim ini.

Khidmat Tuck pula turut berada­ di ‘pasaran’ selepas Sri Pahang bercadang mahu meminjamkan pemain England itu kepada pasukan lain setelah digantikan dengan pemain import baharu.

Mohd. Nafuzi berkata, beliau mahu menggunakan khidmat lima pemain import bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi pusingan kedua Liga Super dan Piala Asia.

Begitupun, beliau memberi­tahu lebih cenderung untuk untuk mendapatkan pemain Asia bagi menggantikan Chris Herd yang terpaksa diketepikan.

“Kekosongan hanya berlaku pada kouta pemain import Asia. Jika seorang pemain import bukan Asia seperti Tuck ditandatangani, salah seorang daripada pemain import sedia perlu turun ke (skuad pelapis) TFC II.

“Apapun, keputusan untuk mendapatkan pemain import secara tetap atau pinjaman itu masih tertakluk kepada kelulusan pengurusan TFC,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI