fbpx

Kluster tempat kerja meningkat minggu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham bercakap dalam sidang akhbar perkembangan PICK hari ini. Foto IHSAN MOSTI

PUTRAJAYA – Jumlah kluster Covid-19 membabitkan tempat kerja meningkat 83.3 peratus minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) hari ini.

Adham berkata, pihaknya mengesan 44 kluster tempat kerja minggu lalu iaitu minggu ke-18 berbanding hanya 24 kluster pada minggu sebelumnya.

Menurutnya, sebanyak 106 kluster dikesan sepanjang minggu lalu di mana 44 daripadanya adalah kluster tempat kerja.

“Secara keseluruhan, jumlah kluster yang dikenal pasti sehingga minggu ke-18 adalah 1,775 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Adham berkata, ]majikan diingatkan supaya mematuhi arahan kuarantin kendiri ditetapkan kerajaan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya, majikan yang tidak membenarkan pekerjanya menjalani kuarantin kendiri boleh dikenakan tindakan mengikut akta itu.

“Majikan perlu beri kebenaran kepada pekerja masing-masing menjalani kuarantin diri terutama selepas melakukan ujian Covid-19.

“Kami boleh mengambil tindakan sekiranya ada majikan yang tidak membenarkan pekerja mereka sama ada disyaki, berkemungkinan atau sedang diuji, menjalani kuarantin kendiri sehingga keputusan diperoleh,” katanya.

Jelasnya lagi, pekerja yang menjadi kontak rapat akan diberi gelang kuarantin untuk perintah pemantauan di rumah (HSO) selama 10 hari.

“Jika mereka disahkan negatif, mereka digalakkan menjalani pengasingan secara sukarela sehingga yakin bebas daripada jangkitan Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI