fbpx

Guardiola pertikai keputusan pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA mendakwa pengadil gagal membuat keputusan tepat apabila tidak memberikan mereka sepakan penalti ketika Sterling dijatuhkan Zouma pada aksi awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berang selepas pengadil perlawanan, Anthony Taylor tidak memberikan sepakan penalti kepada pasukannya ketika tewas 1-2 kepada Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad awal pagi semalam.

Bekas jurulatih Barcelona itu mendakwa penyerangnya, Raheem Sterling dikasari oleh Kurt Zouma pada penghujung perlawanan, namun tidak diendahkan Taylor.

Guardiola menegaskan, Zouma dengan jelas dilihat ada melakukan sentuhan ke atas Sterling sebelum pemain antarabangsa England itu terjatuh dalam kotak penalti.

“Ia adalah sepakan penalti. Bagaima­napun, inilah bola sepak dan ia selalu berlaku. Mereka (pengadil) sebenarnya tahu ia adalah se­pakan pe­nalti.

“Kadang-kadang kami me­lakukan kesilapan dan mereka (pengadil) juga buat silap. Bagaimanapun, mereka sentiasa anggap tindakan yang dibuat adalah betul,” luah pengendali dari Sepanyol itu.

Meskipun kecewa dengan kekalahan itu, namun Guardiola berharap pemain-pemainnya kekal fokus untuk mendapatkan tiga mata bagi membolehkan mereka bergelar juara liga.

“Dalam tempoh lebih kurang dua minggu lagi kami akan bertemu mereka (Chelsea) di final Liga Juara-Juara. Sekarang kami perlu cari tiga mata lagi untuk menjadi juara,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI