fbpx

Empat PATI tangkap ikan di zon larangan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot pukat tunda dikendalikan empat PATI Myanmar ditahan kerana melanggar syarat sah lesen di perairan Perak petang semalam.

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 dikendalikan pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana melanggar syarat sah lesen menjalankan aktiviti perikanan di kawasan larangan petang semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot peronda yang sedang melaksanakan Ops Benteng Laut dan Ops Pintas di sekitar perairan Pulau Sembilan mengesan sebuah bot nelayan tempatan dalam keadaan mencurigakan sedang melakukan aktiviti perikanan dalam kawasan yang dilarang oleh syarat sah lesen iaitu kurang dari tiga batu nautika.

“Bot itu dikesan di posisi 1.9 batu nautika barat daya Pulau Batu Putih kira-kira pukul 3.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, bot nelayan tersebut berjaya dipintas dan diberhentikan oleh bot peronda ketika aktiviti perikananan sedang dilakukan.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut menggunakan pukat tunda dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong yang kesemuanya warga Myanmar berumur dalam lingkungan 34 hingga 39 tahun serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Shahrizan berkata, bot tersebut dipercayai berpengkalan di Hutan Melintang, Bagan Datuk telah disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 menangkap ikan di zon yang dilarang, serta Akta Imigresen 1959/63 menggajikan kru warga asing yang tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Tegasnya, tekong dan kru serta bot ditahan dengan hasil tangkapan dianggarkan seberat 30 kilogram itu diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu Sitiawan, dekat sini, malam tadi bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Shahrizan turut menyeru orang ramai menyalurkan maklumat atau aduan jenayah maritim kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI