fbpx

Empat lelaki ditahan semasa edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dadah yang dirampas semasa operasi di Tasek Gelugor awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis menahan empat lelaki dalam dua serbuan di kawasan Tasek Gelugor, di sini awal pagi tadi.

Seorang suspek berusia 46 tahun ditahan pada serbuan pukul 12.30 tengah malam, manakala tiga lagi berusia 35 hingga 48 tahun ditahan kira-kira pukul 1.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek dipercayai dalam perjalanan untuk melakukan kegiatan mengedar dadah.

“Ia berikutan penemuan 24 gram (g) dadah dipercayai heroin dan 21.26g pil erimin 5 dianggarkan bernilai RM2,040 yang dibawa suspek pertama.

“Ketika serbuan kedua, polis menjumpai 24.53g heroin dan 14.42g syabu dianggarkan bernilai RM2,304,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek yang memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah itu mendapati mereka positif dadah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI