fbpx

Buat bising, majlis hari jadi Chris Brown diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRIS BROWN

PENYANYI Chris Brown terpaksa menanggung malu selepas kediamannya diserbu polis yang menerima laporan bunyi bising daripada penduduk kawasan kejiranannya baru-baru ini.

Ketika kejadian, penyanyi lagu With You itu sedang menganjurkan sebuah majlis bagi meraikan hari jadinya yang ke-32.

Menurut laporan berita NBC4, terdapat kira-kira 300 hingga 500 buah kereta diletakkan di kawasan kediamannya ketika polis datang melakukan serbuan.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat, malah polis memaklumkan bahawa penyanyi itu bersama tetamu yang lain memberikan kerjasama dengan baik.

Selepas diperiksa, polis mengarahkan semua tetamu yang hadir bersurai dengan kadar segera ke­rana melanggar prosedur operasi standard (SOP) keselamatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI