fbpx

Umur saya masih panjang – Khalid Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalid

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan masih dikurniakan umur yang panjang dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah puasa.

Perkara itu dimaklumkan Khalid dalam hantarannya di laman rasmi Facebooknya.

Kenyataan Khalid mengenai statusnya yang dikatakan telah meninggal dunia

“Seawal Subuh keluarga dan pegawai saya banyak menerima mesej bahawa saya telah kembali ke rahmatullah.

“Syukur alhamdulillah saya masih dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk sama-sama meneruskan ibadah puasa.

“Terima kasih kepada semua yang bertanya khabar dan terus mendoakan kesejahteraan saya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau dan isteri mengucapkan takziah kepada keluarga individu bernama Khalid Ibrahim yang dikatakan meninggal dunia itu. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI