fbpx

Polis kawal ketat 30 laluan tikus di Bunut Susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis, ATM dan Rela mengawal ketat laluan tikus di Kampung Bechah Palas, Pasir Mas hari ini. -Foto ZULHANIFA SIDEK

PASIR MAS – Polis mengawal ketat 30 laluan tikus di tiga buah kampung di Mukim Bunut Susu di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula malam tadi agar tiada pergerakan keluar dan masuk penduduk ke kawasan itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagi memastikan kelancaran tugas, seramai 117 anggota pasukan keselamatan telah ditempatkan di sekatan jalan raya (SJR) di ketiga-tiga buah kampung itu.

Menurutnya, kawalan dari pasukan keselamatan itu yang terdiri daripada polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) melibatkan Kampung Paya Ular, Bechah Palas dan Tualang.

“Kawasan itu akan dikawal rapi oleh semua anggota keselamatan 24 jam sehari selama dua minggu bermula hari ini hingga 22 Mei depan.

“Jadi, saya menyeru kepada penduduk terlibat untuk memberikan kerjasama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha membendung penularan pandemik itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas turun padang meninjau tugasan anggota pasukan keselamatan di PKPD Bunut Susu di sini malam tadi.

Katanya, pada masa sama penduduk setempat perlu memberi kerjasama kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dengan melakukan ujian saringan Covid-19.

“Saya dimaklumkan, sehingga malam, bilangan penduduk di sini yang menjalani ujian saringan Covid-19 tidak sampai 50 peratus.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI