fbpx

Cukup sekadar tunjuk kad janji temu rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Putrajaya

PETALING JAYA – Orang ramai kini hanya perlu mengemukakan kad janji temu bagi urusan mendapatkan rawatan atau menghadiri janji temu di hospital serta klinik tanpa memerlukan surat kebenaran daripada pihak polis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak kerajaan sebelum ini telah menerima rungutan daripada orang ramai mengenai perlunya mendapatkan surat kebenaran polis bagi mendapatkan rawatan atau janji temu di hospital dan klinik.

“Ini telah menyukarkan mereka terutamanya pesakit yang memerlukan rawatan berjadual seperti kanser serta penyakit buah pinggang.

“Susulan itu, satu keputusan telah dibuat iaitu pesakit yang mempunyai janji temu doktor dan rawatan berjadual, cukup sekadar mengemukakan kad janji temu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI