fbpx

Cuba nasib rentas negeri guna surat tanpa kelulusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PASIR MAS – Polis mengenal pasti terdapat segelintir individu yang menggunakan surat kebenaran rentas negeri tanpa mendapat pengesahan dari balai polis untuk pulang ke kampung halaman.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagaimanapun, taktik itu tidak berhasil apabila perbuatan itu berjaya dikesan oleh pihaknya menerusi pemeriksaan ketat di sekatan jalan raya (SJR) seluruh pintu masuk ke negeri ini.

Shafien berkata, sebanyak 500 buah kenderaan yang cuba masuk ke negeri ini di melalui semua SJR diarah berpatah balik sehingga semalam.

“Tindakan itu kerana individu terlibat bukan sahaja tidak memiliki dokumen sah, malah memberikan alasan yang tidak munasabah.

“Setakat ini pintu masuk ke Kelantan yang paling sibuk ialah di Gua Musang dan Pasir Puteh. Saya telah mengarahkan semua ketua polis di sempadan untuk melakukan pemeriksaan ketat,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI