fbpx
Individu yang mengalami obesiti yang sihat secara metabolik tidak berisiko untuk mati akibat penyakit jantung. – Pxhere/United Press International

40 peratus individu obes tiada peningkatan risiko sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN, Jerman – 40 peratus individu yang memenuhi kriteria sebagai obes tiada peningkatan risiko untuk mendapat sakit jantung atau kematian, demikian menurut satu hasil kajian seperti dilaporkan agensi berita United Press International kelmarin.

Kajian oleh Institut Nutrisi Manusia di Jerman itu menyatakan, individu dengan indeks jisim badan(BMI) melebihi 30 tetapi mempunyai nisbah pinggang-ke-pinggul rendah, tekanan darah normal dan tidak menghidap diabetes adalah berisiko rendah untuk mendapat serangan jantung.

Pasukan penyelidik itu berkata, mereka yang berada dalam kategori tersebut disahkan mengalami obesiti yang ‘sihat secara metabolik’.

“Menerusi kajian ini, kami mencipta definisi baharu dalam mengenal pasti individu yang menghidap obesiti tetapi sihat.

“Hasil kajian kami mendapati bahawa mereka yang mengalami obesiti tersebut tidak meningkatkan risiko untuk mati akibat penyakit jantung,” kata pasukan penyelidik berkenaan.

Kajian itu menggunakan data Kaji Selidik Ujian Kesihatan Kebangsaan dan Nutrisi Amerika Syarikat, laporan penilaian diet dan kesihatan berterusan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), serta data UK Biobank yang menyimpan maklumat kesihatan orang dewasa di Britain.

Menurut CDC, obesiti didefinisikan sebagai mempunyai berat badan berlebihan.

Mereka yang jatuh dalam kategori ini kebiasaannya berisiko untuk menghidap sakit jantung, serangan jantung, strok dan diabetes jenis dua. – AGENSI