fbpx

Polis maut ditembak dikebumi malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SIBU – Mayat anggota polis lelaki yang meninggal dunia akibat terkena tembakan di sini kelmarin dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Pahang pada malam ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, bedah siasat ke atas mayat Konstabel Norhalim Tumiran, 25, selesai malam tadi.

“Jenazah akan diterbangkan dari Sibu dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang, Selangor pukul 8 malam ini.

“Jenazah Norhalim akan dihantar ke Felda Bukit Damar, Lanchang, Pahang dan dikebumikan malam ini juga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berita berkaitan: Konstabel mati terkena tembakan ketika bergurau

Norhalim ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di sebuah rumah sewa di Lorong Permai Timur 9A di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 malam itu, difahamkan rakan mangsa yang juga seorang anggota polis bergurau dengan mengacukan pistol sebelum tertekan picu dan melepaskan tembakan ke arah lelaki itu yang sedang bermain permainan komputer di ruang tamu.

Berikutan kejadian itu, plis memberkas tiga anggota polis berusia 21 ke 27 tahun yang untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI