fbpx

Bapa dan anak maut, isteri serta dua anak cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan di Kilometet 137.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di Maran semalam.

MARAN – Dua beranak maut manakala tiga lagi termasuk ibu dan dua anak mereka cedera selepas kenderaan jenis Perodua Viva dinaiki mereka terlibat dalam kejadian kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Kilometer 137.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta, Mohamad Kausa Mustafa, 36, yang merupakan seorang tentera dan anaknya, Muhammad Ridwan Mohamad Kausa, 5.

Mangsa yang cedera pula ialah isteri kepada Mohamad Kausa iaitu Ainul Yaqin Mokhtar, 31, dan dua lagi anaknya iaitu Nursyuhada, 8, dan Nur Sakinah yang berumur enam hari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 1.50 tengah hari itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Kuantan.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu Toyota Hilux mendakwa pemandu kereta telah brek secara mengejut menyebabkannya tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan Perodua Viva menyebabkab kereta itu terbabas ke longkang sebelah kiri jalan sebelum masuk semula ke bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat kejadian pemandu dan seorang penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga orang penumpang kereta mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera mendapat rawatan di hospital sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI