fbpx

Adam tekad naik podium di Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM bertekad untuk mengulangi pencapaian terbaik dengan menaiki podium menjelang perlumbaan Kejuaraan CEV Moto2 Eropah di Valencia hujung minggu ini.

PELUMBA negara, Adam Norrodin enggan mensia-sia pe­lu­angnya pada saingan Kejuaraan CEV Moto2 Eropah di Valencia sekali gus bertekad mengulangi pencapaian terbaik dengan menaiki podium sekali lagi.

Pada perlumbaan pusingan pertama di Portugal, Adam memulakan saingan dengan langkah kanan apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dan keempat pada perlumbaan kedua di Estoril.

Pada sesi latihan pertama semalam, Adam mencatatkan keputusan kedua terpantas dan yakin dia mampu untuk dapat tunggangan lebih baik pada perlumbaan sebenar nanti.

“Semestinya fokus saya adalah memburu podium seterus­nya dan paling utama ketika ini adalah kekal dalam carta kedudukan pelumba ketiga terbaik seperti sekarang ini.

“Saya rasa kita mempunyai potensi dan tidak mustahil untuk mencapai keputusan yang bagus sekali lagi di Valencia. Kita meraih keputusan positif menerusi ujian yang kita lakukan sebelum ini di sini.

“Saya juga ada hubungan yang baik dengan mekanik dan kami saling lebih memahami antara satu sama lain terutama untuk mendapatkan pelarasan yang cukup baik untuk meraih keputusan positif di sini.

“Saya cukup yakin kita mampu mengulangi keputusan terbaik seperti di Estoril,” kata Adam semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI