fbpx

16 kaki judi pakau diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
16 individu diberkas selepas leka bermain judi di bawah kanopi, belakang setor simpanan sayur di Jalan Munshi Abdullah di George Town awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Hasrat sekumpulan 16 kaki judi pakau mempertaruhkan wang secara haram di bawah kanopi, belakang sebuah stor simpanan sayur di Jalan Munshi Abdullah di sini terbantut apabila diserbu polis awal pagi tadi.

Kesemua lelaki berusia antara 23 hingga 50 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira pukul 1.45 pagi.

Semasa serbuan dijalankan, ada dalam kalangan kaki judi tersebut dikatakan cuba meloloskan diri dengan bertindak terjun ke parit yang berdekatan termasuk menyorok di dalam semak bagi mengelak dihidu pihak berkuasa terbabit.

Bagaimanapun, tindakan licik mereka itu akhirnya berjaya dikesan anggota polis yang terlebih dahulu mengepung kawasan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, siasatan lanjut mendapati mereka telahpun menjalankan aktiviti tersebut sejak seminggu lalu.

“Turut ditahan adalah penganjur aktiviti itu berusia 50 tahun. Hasil serbuan, kesemua mereka bukan sahaja ditahan ekoran terlibat dengan aktiviti haram yang dijalankan malah turut didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Hasil serbuan itu, polis merampas sebanyak 52 keping daun pakau, peralatan berjudi serta wang tunai berjumlah RM10,000,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua yang diberkas di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c), Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta di bawah Peraturan 19(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No. 4) 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI