fbpx

Nadia Brian akhirnya sah diceraikan, tak berdendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIA BRIAN kini sah bercerai talak satu.

PETALING JAYA – “Kami sudah sah bercerai semalam. Saya lega dan lebih tenang namun tidak menyimpan dendam kepada bekas suami.”

Itu respons pelakon Nadia Brian apabila perceraiannya dengan bekas suami, Muizz Nasruddin sudah mendapat pengesahan secara rasmi oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di Jalan Duta semalam.

Nadia atau nama lengkapnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 30, berkata, semalam (Khamis) ialah pengesahan jatuh talak satu ke atasnya di mahkamah.

Katanya, dia reda dengan suratan takdir dan berharap kehidupannya akan lebih bahagia selepas ini. Harapan yang sama dilayangkan buat bekas suaminya.

“Alhamdulillah, semuanya sudah berakhir. Saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya. Hidup ini terlalu singkat untuk berdendam dan membenci antara satu sama lain.

“Selepas sekian lama hidup saya ibarat bergantung tidak bertali, episod berat dalam hidup saya sudah secara rasminya bernoktah. Terima kasih atas doa yang diberikan orang ramai atas urusan ini,” kata pelakon drama rantaian popular, Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

Ditanya sama ada kegagalan perkahwinan pertama yang tidak berjodoh panjang membuatkan dirinya serik untuk berumah tangga, Nadia berkata, tidak sama sekali.

Katanya, apa yang berlaku membuatkan dirinya lebih berhati-hati untuk memilih pasangan hidup sebelum membuat keputusan untuk bergelar seorang isteri.

“Apa yang berlaku, ada hikmahnya. Untuk apa yang mendatang, saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang saya. Penting untuk kita kenal pasangan kita dan diri kita juga sebelum ingin berkahwin.

“Saya akui, saya juga mungkin ada melakukan kesilapan. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku kerana kesilapan juga mungkin berpunca daripada khilaf saya.

“Siapa yang berkahwin inginkan perceraian? Tiada seorang pun dalam dunia yang inginkan hal itu berlaku. Begitu juga saya. Saya tak serik nak kahwin tetapi saya akan ambil lebih masa untuk kenal siapa pasangan hidup,” ujarnya.

Kosmo! Online pernah melaporkan, pergolakan rumah tangga pelakon Nadia Brian dan suami akhirnya menemui titik noktah apabila Nadia dan Muiz mengesahkan mereka sudah bercerai talak satu secara lisan di luar mahkamah pada 2 April lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI