fbpx

Boleh bersukan dan rekreasi di kawasan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
PETALING JAYA- Orang ramai yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh melakukan aktiviti sukan dan rekreasi bermula esok selepas Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan pelaksanaan aktiviti tersebut.
Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal seperti joging, berbasikal, senaman dan lain-lain dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter boleh dijalankan bermula esok.
Ia juga perlu dilakukan di kawasan kejiranan atau terhad dimana-mana kawasan dalam daerah sama yang tertakluk kepada arahan PKP yang sedang berkuat kuasa.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menzahirkan rasa terima kasih kepada ahli Sidang Khas MKN yang telah memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan kementerian.
“Kita masih lagi belum menang dalam melawan penularan Covid-19. Justeru, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan agar pelaksanaan PKP pada kali ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan” katanya. -K! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI