fbpx

Bantah penggunaan vape untuk remaja, kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang dipaksa menghisap vape sehingga menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

PETALING JAYA – Malaysian Vape Industri Advocacy (MVIA) menyelar tindakan sepasang suami isteri yang memberikan anak mereka yang berusia dua tahun menghisap vape seperti mana tular di laman sosial beberapa hari lalu.

Presidennya, Rizani Zakaria berkata, pihak MVIA dan industri vape membantah penggunaaan vape dalam kalangan remaja dan juga kanak-kanak.

“Kami terkilan dengan perbuatan pasangan berkenaan dan kerana tindakan mereka, kami memperjuangkan pengubalan undang-undang khusus berkaitan vape.

“Kami harap terdapat satu peraturan atau tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka sebagai pengajaran kepada masyarakat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, pengguna vape juga perlu dididik berkenaan vape agar mereka tidak menyalahgunakan produk tersebut.

Jelas beliau, tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan pasangan tersebut telah menyebabkan masyarakat memandang serong kepada penggunaan vape walhal hanya segelintir yang berkelakuan buruk dan menyalahgunakannya.

“Jika perkara seperti ini berterusan, ia akan memberi reputasi buruk kepada penggunaan vape yang akan melumpuhkan industri yang bernilai RM2.27 bilion ini.

“Justeru itu, MVIA sekali lagi menggesa agar kerajaan segera melaksanakan undang-undang khusus dan mengeluarkan peraturan berkaitan vape dan e-cecair agar perkara seperti ini dapat dibendung,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI