fbpx

Rendang dan lemang percuma buat individu raya berseorangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan Rafiqah Umu Habibah (kiri) mendapat perhatian netizen di Twitter.

PETALING JAYA – Seorang wanita tular di Twitter setelah usaha murninya untuk memberi sumbangan rendang ayam dan lemang secara percuma kepada individu bujang yang beraya berseorangan kerana tidak dibenarkan rentas negeri, mendapat perhatian netizen.

Menerusi satu hantaran di Twitternya Rafiqah Umu Habibah Parok, 30, berkata, dia ingin memberikan rendang ayam dan lemang secara percuma pada malam raya nanti.

“Sesiapa yang bujang duduk di daerah Gombak dan tidak dapat balik ke kampung untuk beraya sebab tidak dibenarkan rentas negeri boleh mesej saya alamat dan nombor telefon.

“Saya tidak berniaga. Saya ikhlas mahu beri kepada individu bujang yang tdak dapat balik kampung dan duduk bersendirian. Jangan tanya harga berapa saya jual, saya tidak jual apa-apa,” ciapnya di Twitter.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa berbuat demikian, dia menjelaskan kerana tidak mahu mana-mana individu berasa terasing dan sedih apabila tidak dapat pulang ke desa kerana merentas negeri masih lagi dilarang bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Kasihan mereka, saya faham perasaan beraya berseorangan tanpa keluarga di sisi, jadi saya berharap pemberian saya ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka.

“Pada tahun ini rentas daerah juga tidak dibenarkan, saya berharap mereka terus tabah menghadapi saat-saat sukar ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah Rafiqah Umu Habibah, dia hanya boleh mengagihkan makanan itu buat penduduk sekitar Gombak sahaja memandangkan dia yang tinggal di sana terpaksa patuh kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan.

“Saya akan mula mengagihkan kepada kesemua individu yang telah memberikan nama kepada saya, walaupun sumbangan dilihat tidak seberapa namun saya berharap ianya mampu membuat anda tersenyum di pagi raya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI