fbpx

PKP, penggambaran dibenarkan – Finas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR hiasan.

PETALING JAYA – Penggiat industri seni boleh menarik nafas lega dengan pengumuman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang membenarkan aktiviti penggambaran diteruskan di enam daerah di Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

FINAS dalam kenyataan dikeluarkan meminta syarikat produksi mematuhi syarat ditetapkan selain membuat permohonan mendapatkan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) daripada perbadanan berkenaan.

“Pihak kami maklum dengan pengumuman terkini kerajaan yang menguatkuasakan PKP membabitkan enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang berkuatkuasa hari ini hingga 17 Mei.

“Namun kelulusan itu juga tertakluk kepada pematuhan terhadap semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) seperti digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Selain Selangor, PKP turut dikuatkuasakan di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Terengganu, Johor serta Perak.

Dalam kenyataan sama, FINAS turut menyatakan penggambaran di kawasan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) boleh diteruskan seperti biasa.

“Di kawasan PKPB dan PKPP pula kerja penggembaran boleh dilakukan seperti biasa tetapi perlu mematuhi SOP penggambaran seperti ditetapkan MKN.

“Ia meliputi protokal pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal, tatacara keselamatan pekerja serta tidak balas kecemasan,” tulisnya lagi.

Bagi sebarang maklumat lanjut, perbadanan itu akan mengemaskini perkembangan dari semasa ke semasa melalui hebahan media dan menerusi laman sesawang FINAS serta laman sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Sementara itu, permohonan SPP Khas dibuka sehingga 17 Mei menrusi laman sesawang FINAS di www.finas.gov.my.

Sebarang pertanyaan berhubung permohonan SPP Khas boleh dikemukakan ke pegawai di Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS, Mohd Mikail Amran Mohd Hasbullah Mohd Amir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI