fbpx

Instafamous sekali lagi cetus kontroversi tidak patuhi SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan seorang instafamous bersama kakitangannya jelas melanggar SOP.

PETALING JAYA – Seorang Instafamous sekali lagi mencetus kontroversi apabila dia yang juga merupakan seorang ahli perniagaan gagal untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika sedang berkumpul bersama kakitangannya di dalam satu video yang dimuat naiknya.

Menerusi perkongsian video berdurasi empat minit 27 saat di Facebook miliknya, kelihatan kesemua kakitangan syarikat milik lelaki itu tidak tahan menahan sebak kerana gembira diberi bonus sebulan gaji.

Selain itu, tiada seorang pun individu di dalam video tersebut dilihat memakai pelitup muka serta dapat dilihat dengan jelas mereka gagal untuk menjaga penjarakan fizikal dengan melakukan sentuhan seperti memeluk serta bersalaman antara satu sama lain.

Rata-rata, netizen dilihat kecewa kerana Instafamous itu gagal untuk mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan untuk memerangi wabak Covid-19.

Pengguna Facebook Amzari berkata, tidak perlu melakukan sentuhan ketika bersua dan hanya perlu meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.

“Elak bersentuhan termasuk melagakan anggota badan ketika bersua. Hanya letak tangan di dada tanda hormat sebagai ganti bersalaman,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Betty Hasan pula mengingatkan semua kakitangan untuk terus patuh kepada SOP sambil mengucapkan tahniah di atas pemberian bonus sebulan gaji.

“Alhamdulillah, tahniah, bos yang sebegini yang diperlukan, pekerja dianggap sebagai sebuah keluarga.

“Namun, SOP tempat kerja perlu dijaga kerana kesemua kakitangan yang terlibat bukan datang dari rumah yang sama, semoga tuhan perluaskan lagi rezeki buat keluarga dan perniagaannya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI