fbpx

Polis Selangor tingkat jumlah SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Polis Selangor akan mempertingkatkan jumlah sekatan jalan raya (SJR) di setiap daerah di negeri ini bermula esok.

Ketua Polisnya, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, bagi kesemua daerah di bawah PKP, pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas urusan kecemasan.

Katanya, langkah itu bertujuan untuk menyekat sebarang aktiviti rentas negeri atau daerah daripada berlaku terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas urusan kecemasan di semua daerah yang dikenakan PKP.

“Kita juga akan terus meningkatkan pemantauan di bazar Aidilfitri, pusat beli-belah dan tempat tumpuan orang ramai bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) di negeri itu dijadual bermula esok hingga 17 Mei nanti. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI