fbpx

Perkenal peraturan penyalahgunaan vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizani

PETALING JAYA – Malaysian Vape Industri Advocacy (MVIA) menyelar tindakan sepasang suami isteri yang memberikan anak mereka, dipercayai berusia dua tahun menggunakan vape baru-baru ini.

Presidennya, Rizani Zakaria berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan masyarakat memandang serong kepada penggunaan vape, sedangkan hanya segelintir yang berkelakuan buruk dan menyalahgunakan alat berkenaan.

“MVIA dan industri vape membantah penggunaaan vape dalam kalangan remaja dan juga kanak-kanak. Kerana hal seperti ini, kami memperjuangkan penggubalan undang-undang khusus berkaitan vape.

“Jika terdapat peraturan, tindakan terhadap mereka dapat diambil. Pengguna vape juga perlu dididik supaya mereka tidak menyalahgunakan produk ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 12 saat tular di media sosial yang memperlihatkan seorang kanak-kanak yang sedang menonton video di telefon pintar diberikan vape untuk dihisap sebanyak dua kali.

Ia menerima reaksi negatif pelbagai pihak.

Menurut Rizani, sekiranya kejadian seperti itu terus berlaku, ia akan memberikan reputasi buruk kepada penggunaan vape, seterusnya berisiko melumpuhkan industri yang bernilai RM2.27 bilion itu.

“Oleh itu, MVIA sekali lagi menggesa supaya kerajaan segera melaksanakan undang-undang khusus dan mengeluarkan peraturan berkaitan vape dan e-cecair agar perkara
seperti ini dapat dibendung,” katanya.

MVIA ialah sebuah kumpulan kepentingan khusus yang tidak berlandaskan keuntungan dalam menyokong usahawan dan perniagaan vape Malaysia.

Matlamatnya ialah untuk mewakili industri vape dengan menyampaikan suara industri kepada badan kerajaan, pihak berkuasa kawal selia, agensi penguatkuasaan dan pihak berkepentingan yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI