fbpx
Anggota bomba dan JKNK Kelantan sedang menguruskan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali, Kubang Kerian, di sini kelmarin. /FOTO ZULHANIFA SIDEK

Pengurusan jenazah pesakit Covid-19 di Kelantan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kelantan telah menguruskan seramai 85 jenazah untuk dikebumikan di tanah perkuburan sejak lebih setahun lalu.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, meskipun kes Covid-19 mula menular di negara pada tahun lalu, namun hanya 12 orang jenazah pesakit yang diuruskan oleh JPBM Kelantan sepanjang tempoh itu.

Katanya, jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Kelantan meningkat mendadak dengan 73 jenazah telah diuruskan JPBM Kelantan walaupun tidak sampai pertengahan tahun ini.

“Ini menunjukkan peningkatan yang tinggi berbanding negeri lain dalam pengurusan jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19.

“Peningkatan kes sekali gus menjadikan bilangan kematian juga bertambah di negeri ini. Bomba dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sentiasa bersiap sedia untuk menjalankan pengebumian pesakit Covid-19 pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan sumbangan 180 kotak kurma daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman untuk petugas barisan hadapan di Pejabat JBPM Kelantan hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Zainal, seramai 10 orang anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah ditempatkan di Balai Bomba Kota Bharu untuk membantu anggota balai itu mengurus jenazah.

“Mereka menjalankan urusan pengebumian secara giliran mengikut pasukan yang ditugaskan.

“Tugasan mereka ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal semasa melaksanakan pengurusan jenazah berkenaan sentiasa keadaan baik,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN