fbpx
SHAH RUKH KHAN

SRK diusik pasal warna seluar dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKTOR popular Shah Rukh Khan membuat satu pendedahan sering berdepan soalan-soalan aneh daripada peminat sehingga menimbulkan perasaan geli hati.

Hero Kuch Kuch Hota Hai itu berkata, dia pernah ditanya peminatnya tentang warna seluar dalam yang sedang digunakan pada hari tersebut.

“Apa beritahu warna seluar dalam yang dipakai kamu pada hari ini?” ujar seorang peminatnya menerusi satu ciapan dalam Twitter.

Menganggap soalan tersebut sebagai satu usikan, suami keoada Gauri Khan menjawab pertanyaan tersebut juga secara bergurau.

“Anda sangat lucu. Malangnya saya tidak memakai seluar dalam pada hari ini,” ujarnya berseloroh.

Pada masa sama, ramai juga pengikut lelaki dengan jolokan Raja Bollywood memintanya supaya mengabaikan soalan-soalan yang tidak wajar serta memadam sahaja pertanyaan seumpama itu.

POPULAR