fbpx

Neelofa dan suami wajar dihukum penjara – peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASIAH berpendapat sudah tiba masanya pasangan suami isteri itu dikenakan hukuman lebih wajar selain daripada kompaun.

PETALING JAYA – Aktivis dan peguam Asiah Abd. Jalil menggesa supaya tindakan undang-undang lebih tegas diambil ke atas selebriti Neelofa bersama suaminya kerana kelihatan tidak serik-serik melanggar larangan rentas negeri dengan berkunjung ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan kelmarin.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Facebooknya, Asiah berpendapat, sudah tiba masanya pasangan suami isteri itu dikenakan hukuman lebih wajar selain daripada kompaun.

“Kesalahan berikutnya mungkin dan tak sesuai nak kompaun. Neelofa dan laki lebai (Haris) dia perlu didakwa di mahkamah dan dihukum penjara,” katanya.

Menurut Asiah, hukuman lebih serius oleh pihak berkuasa ke atas Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, serta suami, Haris Ismail, 26, perlu dibuat memandangkan mereka masih tidak lagi serik dengan isu serupa yang mereka lakukan sebelum ini.

“Minah (Neelofa) tu tak serik. Betul ke mak dia rasa sejuk masa mengandungkan dia?” katanya.

Menerusi satu lagu hantaran berbeza, Asiah memberi bayangan ‘plot’ yang bakal dilakukan Neelofa berhubung isu rentas negeri yang dilakukannya.

“Mula-mula dia muat naik benda kontroversi. Lepas kena kecaman hebat, hantaran dua yang berikutnya ialah memuat naik firman Allah SWT, sabda Nabi dan hadis-hadis.

“Aksi gedik till jannah (hingga ke syurga) seperti urut janggut lebai (suami) dan pelancaran produk baharu,” tulisnya dalam Facebook.

Sejak semalam, heboh dalam media sosial selepas Neelofa memuat naik beberapa video dalam InstaStory yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai menjual permaidani yang didakwa netizen di Nilai 3. Neelofa bagaimanapun memadam hantaran tersebut.

Tindakan bekas pengacara MeleTOP itu ternyata membuatkan netizen berasa kurang senang kerana didapati sekali lagi telah melakukan rentas negeri ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Malah, netizen juga dilihat kurang berpuas hati kerana Neelofa dan suaminya baaru sahaja dikompaun sebanyak RM60,000 pada minggu lalu selepas melanggar SOP ketika majlis perkahwinannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI