fbpx
Rata-rata netizen meminta Neelofa memberi contoh yang baik kepada masyarakat.

Sudah-sudahlah Neelofa – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Nama selebriti sensasi, Neelofa sekali lagi sohor kini (trending) dalam Twitter susulan sebuah video rakaman sambutan hari raya keluarganya tular sejak semalam.

Namanya menjadi bahan bualan hangat netizen selepas muncul dalam lebih 6,000 ciapan Twitter hari ini.

Nama selebriti berniqab itu sekali lagi sohor kini dalam Twitter.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kecewa dengan tindakan keluarga bekas pengacara MeleTOP itu disaat ramai yang tidak dapat berhimpun dengan keluarga pada hari raya.

Malah, ada juga netizen berharap agar selebriti berniqab itu menunaikan janjinya untuk menjadi individu yang lebih baik dan menjaga sensitiviti masyarakat.

Antara luahan dan teguran netizen terhadap Neelofa.

“Berapa kali hendak panggil dia ke balai polis? Harap kesilapan kali ini menyedarkan dia sekeluarga,. Cukuplah Neelofa,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Noor Nabila yang kongsi video, nama Neelofa yang sohor kini,” tegur seorang lagi netizen.

“Tolonglah beri hukuman berat kepada dia sekeluarga. Ini kali keberapa dia langgar prosedur operasi standard (SOP)?,” ujar seorang lagi pengguna Twitter.

Dalam pada itu, hari ini, beberapa ahli keluarga pemilik jenama tudung Naelofar itu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hari ini.

Kosmo! hari ini turut melaporkan pihak polis telah bakal menjalankan siasatan selepas menerima sebuah laporan dakwaaan Neelofa dan keluarga ingkar SOP kerana berkumpul pada sambutan hari raya di sebuah rumah di Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.

Siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi selama 26 saat itu memaparkan beberapa ahli keluarga selebriti berkenaan didapati berkumpul di sebuah rumah pada 1 Syawal lalu.

Difahamkan video tersebut dimuat naik oleh kakaknya, Noor Nabila namun telah dipadam tidak lama kemudian.

Untuk rekod, ini bukan merupakan kali ketika nama Neelofa terpalit dengan isu pelanggaran SOP.

Sebelum ini, dia dan suaminya, Haris Ismail turut dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung dakwaan mereka berada di premis menjual karpet di Pusat Perniagaan di Nilai 3, Negeri Sembilan pada 2 Mei lalu.

Terdahulu, Terdahulu, Neelofa dan beberapa ahli keluarga lain dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 atas kesalahan melanggar SOP pada majlis perkahwinan yang berlangsung pada 27 Mac lalu.

Selain itu, kompaun tersebut termasuklah kesalahan salah guna kebenaran merentas negeri atas urusan kerja ke Pulang Langkawi, Kedah baru-baru ini. – K! ONLINE