fbpx

Hospital Medan akan dibina di Sarawak, Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

PUTRAJAYA – Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibina di Sarawak dan Kelantan bagi menampung keperluan pesakit Covid-19 susulan peningkatan kes positif di negeri berkenaan.

Perkara itu dijelaskan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada sidang akhbar mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), hari ini.

Adham berkata, pihaknya mendapati wujud keperluan bagi pembinan hospital itu berdasarkan situasi semasa kes Covid-19 di dua negeri tersebut.

Menurutnya, pihaknya kini sedang berbincang dengan Kementerian Pertahanan bagi mewujudkan hospital berkenaan.

“Hospital medan ini kelak akan menempatkan pesakit Covid-19 supaya bebanan di hospital yang terjejas dapat dikurangkan selain tumpuan dapat diberikan kepada pesakit yang kritikal,” katanya.

Sebelum ini, sebuah Hospital Medan telah dibuka di Tawau, Sabah pada 20 Oktober tahun lalu susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu sebelum ditamatkan operasi pada 6 Januari lalu.

Hospital yang menawarkan perkhidmatan perawatan dan perubatan itu berjaya merawat lebih 1,366 pesakit sepanjang beroperasi.

Sementara itu, Adham berkata, pihaknya sudah menggerakkan 8,000 petugas kesihatan daripada pelbagai jabatan di seluruh negara sejak 11 Januari lalu bagi menampung keperluan menangani wabak Covid-19 di negara ini.

Malah, katanya, pada ketika ini, 800 petugas kesihatan sudah digerakkan ke Sarawak bagi meringankan beban tugas petugas kesihatan di negeri itu.

“Selain itu, kami juga sudah melaksanakan pergerakan dalaman petugas kesihatan daripada jabatan pergigian bagi menampung keperluan di Kelantan.

“Kami turut menggerakkan pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi keperluan tugas di wad-wad kritikal di beberapa hospital di Kelantan,” katanya.

Pada masa sama, Adham berkata, kementeriannya kini sedang menguruskan tambahan seramai 11,000 petugas kesihatan untuk ditempatkan di seluruh negara.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI