fbpx

Cuti raya petugas Jabatan Kesihatan Kelantan dibeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian petugas kesihatan memohon doa sebelum melaksanakan aktiviti kesihatan di lapangan. - Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri para petugas Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) terpaksa dibekukan untuk membantu rawatan pesakit yang dijangkiti Covid-19 di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Husin berkata, pendekatan itu terpaksa diambil selepas melihat situasi semasa Covid-19 di Kelantan semakin meruncing ketika ini.

Menurutnya, penggunaan tenaga kerja terpaksa dibahagikan bagi memastikan tugasan kakitangan berada pada tahap terbaik dan sentiasa mencukupi.

“Sehingga kini, keupayaan dalam aspek kemudahan rawatan di Kelantan melawan Covid-19 sudah mencecah 85 peratus.

“Situasi itu menunjukkan Kelantan berada dalam keadaan kritikal ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Dr. Zaini berkata, selain itu, pihaknya telah memohon bantuan kakitangan Jabatan Kesihatan dari negeri-negeri lain bagi melancarkan tugasan.

Katanya, kesemua kakitangan itu sudah ditempatkan di hospital-hospital yang diperlukan untuk membantu pesakit-pesakit yang dijangkiti Covid-19.

“Saya merayu kepada rakyat di negeri untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI