fbpx

Lelaki pukul mangsa guna getah paip dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan dua lelaki memukul dua individu lain menggunakan getah paip sambil disaksikan enam individu lain di dalam sebuah pejabat disyaki di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan beberapa individu yang terbabit dalam video kes pukul dua lelaki menggunakan getah paip yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 54 saat memaparkan dua lelaki memukul dua individu lain menggunakan getah paip termasuk menendang salah seorang individu itu sambil disaksikan enam individu lain di dalam sebuah pejabat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan video berkenaan semalam yang dipercayai berlaku di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

“Isi kandungan video itu didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menyiasat video berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan polis akan menjurus kepada individu yang terbabit dalam video berkenaan.

“Mereka sedang dikesan dan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 342 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak berkongsi atau menyebarkan video itu di media sosial bagi mengelakkan kegusaran kepada orang ramai,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil atau menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI