fbpx

Semua negeri catat kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes baharu Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,788 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 408,713 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan angka tertinggi sebanyak 1,265 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 760 kes dan Kelantan sebanyak 464 kes.

“Seterusnya, Kuala Lumpur (255 kes), Pulau Pinang (250 kes), Johor (160 kes), Negeri Sembilan dan Kedah (masing-masing 136 kes), Perak (118 kes), Sabah (89 kes), Melaka (55 kes), Pahang (54 kes) dan Terengganu (37 kes).

“Perlis pula dengan lima kes manakala, Labuan dan Putrajaya masing-masing dua kes baharu,” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 17 kluster baharu dilaporkan hari ini dan lima kluster tamat, menjadikan sebanyak 1,265 kluster ditamatkan sehingga kini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI