fbpx

Enam lelaki curi 30 kampit beras diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis menahan enam lelaki yang disyaki mencuri 30 kampit beras selepas memecah masuk sebuah kilang di Taman Sri Putri, Kulai pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kesemua individu berusia 20 hingga 34 tahun itu ditahan dalam lima serbuan di berasingan di sekitar kawasan Kulai dan Senai, di sini semalam.

Katanya, kejadian itu disedari oleh pengadu kira-kira pukul 5 petang selepas mendapati kunci mangga pintu hadapan kilang di Jalan Sri Putri dirosakkan selain mendapati beras bertaburan di lantai kilang.

Beng Yeow

“Pengadu kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut dan menyedari sejumlah 30 kampit beras hilang dengan anggaran kerugian RM1,000.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis membuat serbuan dan menahan kesemua individu di lokasi berbeza kira-kira pukul 4.30 pagi hingga 8.15 pagi semalam.

“Polis turut merampas 44 kampit beras dan beberapa barangan lain di antaranya kuku kambing, pemotong besi, lori Mitsubishi dan dua buah motosikal dengan rampasan keseluruhan bernilai kira-kira RM70,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku terbabit dalam kes pecah masuk di kilang berkenaan.

Beliau berkata, lima daripada yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, selain dua daripadanya mempunyai rekod orang dikehendaki berkaitan kes dadah dan memiliki senjata api.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine dan kesemua suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini hingga 5 Mei depan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI