fbpx

Perantau tidak boleh pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan memuktamadkan orang ramai tidak dibenarkan merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 13 Mei depan ekoran trend jangkitan covid-19 yang tidak menunjukkan penurunan ketika ini.

Ini merupakan tahun kedua warga kota serta anak perantauan tidak dapat menyambut hari raya di kampung halaman.

Sehingga 17 Mei depan, Kelantan kekal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), enam negeri serta Kuala Lumpur dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) dan sembilan lagi kekal dengan status PKP Pemulihan (PKPP).

Larangan rentas negeri itu menjadikan kira-kira 1.796 juta penduduk di Kuala Lumpur, Selangor (6.7 juta) dan Putrajaya (91,900) kekal menyambut le­baran di kediaman masing-­masing.

Ia turut menjadikan pelajar-pelajar di beberapa institusi pe­ngajian tinggi (IPT) yang berada di kampus ketika ini terpaksa beraya di dalam kampus sekiranya kediaman mereka berada di ne­geri lain.

Bagaimanapun, merentas daerah masih dibenarkan kecuali di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan status kes Co­vid-19 di kebanyakan negeri ketika ini menunjukkan trend tidak stabil serta nilai kebolehjangkitan (R-naught) meningkat dan melepasi angka 1.0 sejak 20 hari yang lalu.

“Atas cadangan serta penilaian risiko KKM, mesyuarat membuat keputusan seluruh negeri Kelantan masih lagi kekal di bawah PKP selepas keadaan Covid-19 di negeri itu menunjukkan trend semakin meningkat.

“Lima lagi negeri atau wilayah dikekalkan di bawah PKPB iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak,” katanya pada sidang akhbar khas semalam.

Sementara itu, beliau berkata, oleh kerana zon hijau semakin berkurangan dan zon merah me­ningkat, maka status negeri Sabah bertukar daripada PKPP kepada PKPB.

“Sembilan lagi negeri atau wilayah kekal dengan status PKPP iaitu Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

“Pengekalan status ini berkuat kuasa pada 29 April sehingga 17 Mei 2021 kecuali Sarawak yang bermula 27 April sehingga 17 Mei,” katanya.

Jelasnya, seperti prosedur operasi standard (SOP) yang telah diumumkan sebelum ini, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan dari ne­geri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep green travel bubble.

“Bagi pergerakan rentas dae­rah juga masih dibenarkan ke­cuali di negeri Sabah dan Sarawak di atas keputusan kerajaan masing-masing.

“Bagi SOP sambutan Aidilfitri pula, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia masih diperhalusi bersama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Ujarnya, beliau akan cuba membuat pengumuman me­ngenainya dalam tempoh terdekat dan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri dan mengelakkan berada di tempat tumpuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI