fbpx

Bayern destinasi baharu Nagelsmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGELSMANN dikaitkan dengan jawatan di Spurs, namun beliau lebih berminat untuk kekal di Bundesliga dan menerima tawaran Bayern. – AFP

MUNICH – Jurulatih RB ­Leipzig, Julian Nagelsmann dilaporkan sudah bersetuju dengan terma peribadi untuk mengemudi Bayern Munich bermula musim depan.

Bagaimanapun, Leipzig enggan melepaskan khidmatnya dengan mudah apabila menuntut bayaran perpindahan yang dianggap paling mahal dalam sejarah penghijrahan seorang jurulatih bola sepak.

Bayern menghubungi Leipzig beberapa hari lalu untuk menyatakan minat mereka terhadap jurulatih berusia 33 tahun itu dan sudah mencapai kata sepakat dengan Nagelsmann tetapi juara Eropah itu perlu melunaskan bayaran perpindahan sebanyak €25 juta (RM123.66 juta).

Nagelsmann sebelum ini dilaporkan dikaitkan dengan tugas mengemudi ­Tottenham Hotspur menggantikan Jose Mourinho, namun dia mengakui lebih selesa untuk kekal di saingan Bundesliga.

Nagelsmann dilahirkan di Landsberg am Lech iaitu sebuah kawasan yang terletak kurang sejam dari Munich dan sudah mendirikan sebuah rumah di kawasan berkenaan.

Beliau memiliki reputasi yang cukup besar biarpun pada usia yang muda sehingga diberikan gelaran ‘Baby Mourinho’ ekoran kejayaan muncul sebagai jurulatih muda terbaik di Eropah.

Beliau membantu Leipzig mara ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu dan membantu pasukan itu berada pada kedudukan kedua Bundesliga di belakang Bayern ketika ini.

Di Bayern, Nagelsmann akan menggantikan khidmat Hansi Flick yang membuat keputusan membatal­kan kontraknya hujung musim ini ekoran tiada persefahaman dengan Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI