fbpx

13 buah sekolah lagi ditutup di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara sekolah ditutup sementara di Negeri Sembilan.

SEREMBAN – Sebanyak 13 buah sekolah lagi di Negeri Sembilan diarahkan tutup selama dua hari selepas disahkan mempunyai kes positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, daripada jumlah itu, 11 daripadanya terletak di Seremban, manakala masing-masing sebuah sekolah di Port Dickson dan Tampin.

Di Seremban, sekolah-sekolah yang ditutup ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, SJKC Pei Hua, Sekolah Kebangsaan (SK) Lavender Heights, SK Taman Seri Mawar, SK Senawang Tiga, SK Mantin dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Convent.

“Turut ditutup Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 3, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Rafie berkata, sementara di Port Dickson, sekolah yang ditutup ialah SMK Kampung Baru Si Rusa, manakala di Tampin ialah SK Kampung Ladang, Gemas.

“Sekolah-sekolah ini ditutup susulan terdapat kes positif Covid-19 seperti yang dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dan dinasihatkan oleh pejabat kesihatan daerah (PKD).

“Sekolah ini ditutup ada 28 April sehingga 29 April 2021 bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI